The Minister of Women, Family and Community Development

Bismillahrahmanirrahim. Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya dapat kita sekali lagi berkumpul pada tahun ini bagi menjayakan Sidang Kemuncak Wanita tahun 2006. Bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluraga dan Masyarakat, saya ingin mengalu-alukan kehadiran puan-puan dan tuan-tuan sekalian.

Sidang Kemuncak Wanita – Tujuan

Sidang Kemuncak Wanita diadakan saban tahun bertujuan menemukan wanita daripada sektor awam, koprat, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk membina satu visi yang sama dan mencari penyelesaian yang praktikal kepada sebahagian cabaran yang dihadapi oleh wanita di tempat kerja. Semenjak mula diadakan pada tahun 2003, Sidang Kemuncak ini menjadi wadah kepada wanita untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin terkemuka dalam pelbagai bidang untuk berkongsi kemahiran, pengalaman dan strategi.

Success - A State of Mind

The Women’s Summit was designed to provide our participants the opportunity to engage in direct dialogue with other women about workplace issues that are important to them. I believe the Summit is a vital mechanism for consultation. It is imperative that we continue to examine what is needed of women as partners in our country’s development. How do we communicate a vision and influence others to work towards a common objective? How do we empower others through mentoring or other means? How can we generate a sense of openness to change and acquire new knowledge? All this, is part of a conscious, consistent effort to create a state of mind and a working environment in which women can succeed and can feel they are contributing towards the economy in whatever their choice of occupation.

As more women become a part of the national ‘workspace’, they are bringing many positive attributes to the leadership process, including thoughtfulness, sensitivity, a collaborative approach and a caring spirit, all of which are critical to developing a nation that is looking for ways to meet the challenges of globalization without compromising on the quality of life and the integrity of the family unit. I also believe that as more women participate at the decision-making level in the development process, we can help raise the level of efficiency and creativity in the ‘workspace’.

The Ministry of Women, Family & Community Development is working towards maximising opportunity and choice for women. Since the establishment of the Ministry we have had many major achievements:

- More women attaining higher level of education;
- More women in the work force;
- More women in positions of influence and leadership;
- Greater support for women raising families and providing care; and
- Better health outcomes for women.

Saya pernah mengatakan bahawa pengisian jawatan-jawatan yang belum pernah diterokai seperti Naib Canselor di universiti-universiti tempatan serta pihak pengurusan tertinggi dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau Government Linked Companies merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh wanita di Malaysia. Kini ternyata wanita telah berjaya menyahut cabaran tersebut dengan pelantikan dua orang wanita menjadi naib canselor universiti baru-baru ini iaitu Y.Bhg. Datuk Rafiah Salim sebagai Naib Canselor Universiti Malaya, universiti terulung di negara kita; Y.Bhg. Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

Pepatah ada mengatakan, “Apa tampang, itulah tumbuhnya” saya amat berbangga pada hari ini untuk menyatakan bahawa usaha kerajaan memperkenalkan dasar sekurang-sekurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam pada tahun 2004 telah mula menampakkan hasilnya. Walaupun kadar penyertaan wanita yang memegang jawatan penting masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dan banyak lagi usaha perlu dilaksanakan untuk mencapai sasaran, tetapi ia telah menunjukkan perkembangan yang amat positif khususnya dalam bidang-bidang yang sebelum ini hanya diterajuhi oleh kaum lelaki.

Issues Faced by Women
One of the most difficult issues that women in countries all over the world are grappling with today is the pressure of balancing the demands of work and home. Let’s face the facts. Women are the ones that have the babies, and the choices forced upon them when they start a family, have enormous consequences. They are our country’s traditional caregivers and, as such, continue to struggle with the basic questions of family and community.

Many feel sandwiched between caring for young children and elderly parents. At the same time, they face a working environment and the willingness to put their jobs first. If they want to rise to the top in their organisation, they have to dedicate themselves to their work, often to the exclusion of almost everything at a time their experience and expertise is most needed.

Many companies are putting a lot of focus on efforts to attract and keep women at senior levels. They are finding that executive women benefit from flexible schedules, the ability to telecommute, better family leave policies, business opportunities and mentors. In all this, I cannot but emphasise the need for supportive families

Usaha Kerajaan
Dalam mengatasi masalah ini memang tidak dapat dinafikan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membantu wanita membina kerjaya sehingga berjaya menjawat jawatan penting. Kerajaan sedar wanita yang bekerja  menghadapi banyak cabaran kerana perlu memainkan dua peranan iaitu sebagai suri rumah tangga serta pekerja.

Umpamanya, bagi membantu keluarga yang berpendapatan rendah, kerajaan telah bersetuju menubuhkan taman asuhan kanak-kanak berasakan komuniti (community-based childcare centre) TASKA komuniti pada tahun 2005. Kerajaan juga menggalakkan Kementerian atau Jabatan menubuhkan TASKA di tempat kerja dengan menyediakan pelbagai insentif. Bagi menjamin kualiti pengasuhan kanak-kanak tida diabaikan, usaha memperkemaskan aspek pengurusan dan pemantauan pusat penjagaan kanak-kanak sedang dibuat melalui pindahan keatas Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Rancangan Malaysia Ke-9 juga memberi penekanan kepada usaha untuk mempertingkatkan penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan. Beberapa teras strategik telah digariskan bagi mengelakkan penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan. Antara strategi yang akan terus dilaksanakan termasuk meningkatkan penyediaan kemudahan sokongan bagi membolehkan wanita menyertai pasaran pekerjaan seperti penyediaan peraturan kerja yang kondusif, mewujudkan peraturan kerja baru dan fleksibel seperti telekerja, kerja sambilan dan perkongsian kerja. Strategi ini diharap dapat membantu wanita untuk terus kekal dalam pasaran pekerjaan.Pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mencapai kesaksamaan gender dalam bidang pekerjaan, termasuklah melalui penguatkuasaan undang-undang.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender dalam mesyuaratnya pada 27 Julai 2006 telahpun bersetuju supaya ditubuhkan satu jawatankuasa antara agensi bagi mengkaji peraturan dan undang-undang berkaitan pekerjaan yang tidak memenuhi standard Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Akhir kata, sekali lagi saya bagi pihak semua mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran Dato’ Sri berdua. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua dif-dif jemputan, penceramaah dalam dan luar negara serta peserta kerana telah sudi hadir menjayakan Sidang Kemuncak Wanita 2006. Kepada pihak urus setia, syabas dan terima kasih saya ucapkan kerana telah berkerja bertungkus lumus demi menjayakan persidangan ini.Sekian, Wassalamulaikum Warahmatullahiwabarakatuh.