Wanita Bersedia untuk Menyandang Jawatan Penting ? Pilihan, Peluang dan Cabaran
Dr. Noeleen Heyzer
Pengarah Eksekutif
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Wanita (UNIFEM)
Dr. Heyzer dilahirkan di Singapura memiliki ijazah dan sarjana dari Universiti Singapura dan ijazah kedoktoran dalam bidang sains sosial dari Universiti Cambridge, United Kingdom. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif pertama dari negara selatan yang menerajui UNIFEM. UNIFEM merupakan agensi di bawah UN yang memperjuangkan pemerkasaan dan kesaksamaan wanita. Dengan menyertai UNIFEM, beliau terlibat secara langsung dengan aspek-aspek wanita seperti memperkukuhkan hak dan keselamatan ekonomi wanita, membantu menyelesaikan konflik dan keamanan di kalangan kepimpinan wanita, menamatkan keganasan terhadap wanita dan memperjuangkan HIV/AIDS dari perspektif gender. Di bawah kepimpinannya, UNIFEM telah banyak membantu negara-negara untuk memformulasi dan melaksanakan dasar serta penguatkuasaan dalam usaha kesedaran tentang hak dan keselamatan wanita. Ia telah membawa kepada banyak perubahan umpamanya mengubah undang-undang tradisi bagi wanita, persekitaran kerja yang lebih baik bagi pekerja migrasi, proses runding damai dan politik di kalangan wanita.
UNIFEM juga telah berjaya membawa agenda wanita ke peringkat yang lebih tinggi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Dr. Noeleen Heyzer telah memulakan perbincangan dengan mengutarakan pendapatnya bahawa persoalan adakah wanita bersedia untuk memegang jawatan penting sebenarnya sudah tidak lagi timbul pada masa kini. Pada pendapat beliau persoalan yang lebih relevan adalah sama ada wanita telah mempersiapkan diri mereka untuk menjadi pemimpin. Persoalan adakah wanita bersedia untuk memegang jawatan penting tidak lagi relevan memandangkan telah ramai wanita berada di peringkat kepimpinan tertinggi sama ada dalam bidang politik mahupun swasta. Wanita juga telah lama membuktikan bahawa mereka merupakan pemimpin yang baik bukan sahaja di peringkat bawahan malah sebagai pemimpin negara. Sebagai bukti tahun 2006 ini sahaja, kemenangan dua pemimpin wanita negara telah dicapai iaitu Ellen Johnson Sirleaf, Presiden Liberia dan Michele Bachelet, pemimpin Chile.
Menurut Dr. Heyzer lagi, kedua-dua pemimpin itu tidak bersendirian di peringkat pucuk kepemimpinan di mana sehingga kini dunia telah menyaksikan banyak kejayaan besar wanita. Antaranya adalah 11 ketua negara, 23 menteri luar dan 12 menteri pertahanan. Malah sebuah negara mundur di benua Afrika, Rwanda, telah mencipta sejarah tersendiri apabila 49 peratus kerusi parlimennya dikuasai wanita iaitu jumlah tertinggi di dunia mengatasi negara-negara maju yang lain. Dr. Heyzer juga berpendapat wanita telah menguasai bidang ekonomi. Setakat ini terdapat 20 menteri ekonomi serta 45 menteri berkaitan dengan perdagangan dan industri dari kalangan kaum wanita. Wanita di sektor swasta juga memperlihatkan penguasaan yang kukuh, di mana berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sekurang-kurangnya 10 daripada 500 syarikat dimiliki oleh golongan wanita. Selain kehebatan sebagai pemimpin, wanita juga mampu memainkan peranan sebagai agen perubahan yang berkesan dalam membawa keamanan di sesebuah negara. Contoh paling jelas menurut beliau ialah di Liberia, rakyat wanita negara itu telah keluar mengundi untuk mencari perubahan bagi negara mereka yang selama ini bergolak. Ini jelas membuktikan bahawa mereka sedar hanya melalui kuasa kepimpinan sahaja dapat membawa perubahan yang akan dicapai melalui pembentukan undang-undang dan polisi.
Begitupun, beliau menegaskan bahawa wanita tidak boleh menjadi agen perubahan secara bersendirian kerana isu gender bukan membabitkan golongan wanita semata-mata. Sebaliknya ia adalah perkongsian kerjasama
August 12th, 2008 at 4:59 am
salam sejahtera.saya tertarik dengan artikel di atas mengenai kepimpinan kaum wanita namun saya perlukan pandangan dan fakta menarik yang boleh dikongsi bersama mengenai “mampukah kaum wanita mengubah dunia”.. jika dibincangkan hal ini maka lebih menarik. mungkin boleh emailkan kepada saya.terima kasih.